1 STALKERS
DREAMER ;
FACEBOOK SHOP ASK.FM BLOGSKIN +FOLLOW
TIPS : Menjaga telefon bimbit
Posted Jul 24, 2013 // 1:53 AM


10 TIPS MENJAGA TELEFON BIMBIT;

1- Jika mempunyai kad sim yang baru, korang wajib mendaftarkan sim tersebut terlebih dahulu. Pastikan korang gunakan sim tersebut dengan cara yang sah. One more thing, jgn selalu sgt tukar nombor. Bukan setakat menyusahkan org lain, plus korang dah membazir duit korang sendiri.

2- Aktifkan fungsi keselamatan seperti PIN CODE atau CODE PHONELOCK sebelum korang akses ke telefon bimbit. Cara ni sangat berguna untuk korang yg tak suka apabila mereka- mereka mengodek telefon korang.

3- Aktifkan fungsi KEYPAD LOCK secara automatik bagi mengelakkan korang tertekan button call secara tidak sengaja. Kadang- kadang, perkara yg remeh sebegini menyebabkan kredit korang habis. Setuju?

4- Amalkan mengecas telefon bimbit apabila bateri telefon korang dah nak habis bateri atau apabila telefon betul- betul dah kehabisan bateri. Kalau korang cas telefon masa bateri belum nak habis lagi, ini akan menyebabkan telefon korang cepat rosak. Lebih- lebih lagi, kalau korang membeli atau menggunakan telefon bimbit yang baru.

5- Gunakan bateri yang original dan berkualiti. Selain daripada menjaga telefon bimbit agar tetap elok, ia juga turut menjaga bateri agar tahan lama.

6- Kalau korang dah terbiasa letak telefon kat merata- rata tempat, make sure korang buang tabiat buruk tu. Ini boleh menyebabkan "housing" korang rosak atau patah akibat daripada terpijak, terduduk dan lain- lain. Tambahan. Kalau korang ni jenis yg nyanyok, please jgn bagi fon dalam keadaan silent mood. Paham?

7- Kalau telefon bimbit korang kotor, sila gunakan kain yang lembut untuk menghilangkan kotoran tersebut. Jangan sesekali gunakan air sebab ia akan merosakkan komponen pada telefon. Nak memudahkan cerita, telefon bimbit korang akan rosak kalau kena air.

8- Letakkan telefon bimbit di suhu yang normal supaya telefon korang tidak akan berlaku proses pengewapan.

9- Kalau telefon bimbit korang terasa panas lepas korang habis guna, tolong matikan telefon bimbit korang untuk menjaga komponen dan aplikasi lain agar tidak mudah rosak. Okay fine, yang ni aku baru tahu ;')

10- Jangan sengaja atau tidak sengaja menjatuhkan, membaling atau mendekatkan telefon bimbit korang dengan api atau membiarkan telefon tersebut terdedah pada cahaya matahari seperti tinggalkan kat dalam kereta. Ini dapat mengelakkan daripada di curi atau kerosakan pada gajet telefon tu sendiri.

Tu je 10 tips yg ingin aku kongsikan dgn korang. So how? Ada sebahagian daripada tips ni aku baru dapat tahu. Well, ilmu yg baru boleh dapat di mana- mana. Kita sebagai manusia yg harus pandai mencari ilmu tersebut dan kongsikan dgn orang lain. K assalamualaikum.


0 Comments:

Post a Comment

1# Harsh word not allowed
2# Support word , I say THANKS ^^

... Back to the blog?