1 STALKERS
DREAMER ;
FACEBOOK SHOP ASK.FM BLOGSKIN +FOLLOW
TIPS : Atasi Patah Hati
Posted Jul 24, 2013 // 1:44 AM


Act, this is my first entry for tips. So be fun ^^, Btw tips ini dikreditkat kepada abam domo kita. Jadi kepada yang patah hati (brake heart) and tak tahu nak buat macam mana kalau nak lupakan sipulan dan sipulan, ikut lah tips2 dibawah ye :)

1- Percaya pada takdir
Bila ex korang lebih memilih utk bersama yang lain, korang kena tahu yang dunia ni belum berakhir lagi. Pujuk diri korang dengan mengatakan bahawa, ex korang tu bukanlah yang terbaik utk korang, dan korang perlu yakin bahawa Allah mempunyai agenda lain yg lebih indah buat korang.

2- Relakan
Mencintai seseorang bermaksud, korang mesti bersedia untuk merelakan dia agar terus bahagia atau bersedia untuk kehilangannya. Bila dia dah bagitahu yang dia tak bahagia dengan korang, please jgn paksa dia utk bersama dengan korang lagi.

3- Lupakan
Teori memang tak semudah praktikal kan? Tapi, bila dia memutuskan untuk tinggalkan korang, ajar diri korang cepat- cepat untuk melupakan dia.

4- Ambil hikmah- Nya
Pengalaman adalah sesuatu yang terbaik untuk kita. So, korang kena jadikan pengalaman bersama ex korang untuk mulakan kisah yang baru dan pastikan hal- hal yang lepas tidak akan berulang lagi.

5- Be nice
Korang perlu terus berbuat baik dalam apa jua perhubungan sekalipun. Tak kesah la.. dengan keluarga ke, dengan kawan ke, pakwe ke, makwe ke dan seangkatan dengannya. Korang mesti tingkatkan harga diri dan perlu telus dalam sesebuah perhubungan. Kalau korang berbuat baik dengan semua orang, korang akan lebih di hargai oleh mereka.

6- Jangan bersendirian
Korang mesti selesaikan masalah dengan bijak. Orang yang baru putus cinta, kebanyakannya akan berfikiran aneh apabila bersendirian. So, elak kan dari bersendirian.

7- Bersedia untuk orang baru
Yakinkan diri korang utk bergaul dengan orang- orang lain atau kawan- kawan korang. Jangan mengurung diri dari dunia luar. Sebaiknya, korang buka networking yang baru.

8- Serlahkan potensi diri
Jangan biarkan diri korang terperangkap dengan masalah- masalah yang dah lepas. Cari semula potensi diri yang ada pada korang hingga potensi tu boleh di nilai oleh orang lain.

9- Berdoa dan bertawakkal
Serahkan segalanya kepada kuasa Allah. Korang akan menemui kedamaian di saat korang mengadu dan merelakan segalanya pada-Nya.
1 Comments:
Anonymous Anonymous said...

Copy yeh

August 15, 2013 at 9:36 AM  


Post a Comment

1# Harsh word not allowed
2# Support word , I say THANKS ^^

... Back to the blog?