1 STALKERS
DREAMER ;
FACEBOOK SHOP ASK.FM BLOGSKIN +FOLLOW
Saranghaeyo, Sayangku ! ( Bab9 )
Posted Jul 15, 2013 // 7:01 AM


Hana hanya merenung kosong hidangan yang dihidang pelayan restauran cina itu.Dia tahu Ariz masih marahkannya di kedai itu tempoh hari, tapi kadang-kadang kusut juga dia memikirkan kenapa Ariz masuk ke kedai bayi. Aku kerja kat situ pun ternganga melopong . Tak kan dia dah kawin .. ? Tidakk jerit Hana.Ah, lantak lah yang penting aku nak get back dengan dia.. Boleh kikis duit dia .. hehe

**********
Ariz sedar isteri kesayangannya baru berumur 19tahun . Masih terlalu awal dan muda . Lainlah dia umur  dah 22tahun . Kedut sikit-sikit aje .. Bukannya tua pun aku ni, anjal lagi haaa.. Getus hatinya sambil mencubit pipinya sendiri.

"Abang, petang nanti kita ambil adik Sya kat asrama ya??" tutur Sya perlahan, dia tahu lelakinya free sepanjang hari ini .. tapi dia masih perlu bertanya awal-awal supaya nanti tak haru biru nanti
"Hmmm, ada syarat" balas Ariz dengan tersenyum nakal
"Apppa?" ujar Fisya tergagap-gagap. AHhh! Sudah lelaki ni, nak menggatal la tuh. 
"Malam ni kena tunaikan okay? Harap sayang sedia..." bisik Ariz sambil mengenyitkan mata kanan nya.
"Tttapi.. " tak sempat Sya menjawab, Ariz tinggalkannya di bawah dan melulu ke atas. Nak tengok tv la tu!

Usai solat zohor, mereka berdua memboloskan diri ke dalam kereta dan menuju terus ke MRSM Gombak. Dalam kereta, hanya terdengar suara desis Ariz yang menyanyikan lagu Terima Kasih dari IamNeeta dengan penuh keriangan. Sya hanya memandang dan menilik tepat wajah mulus seperti aktor korea itu sambil tersenyum sumbing.

"Sayang, kita nak pergi honeymoon di mana SINGA ?"sengaja Ariz menguatkan perkataan 'SINGA'itu sebelum memandang wajah Sya
"Abang cakap apa? Singa ?" marah Sya . 
"Mana ada, abang tanya kita nak pergi honeymoon kat mana SINGA?" Ariz mengulangi perbuatannya yang sama dan terus menerus memandang reaksi wajah isterinya.
"Sudah berasap telinga nampak ? Abang nak main-main dengan isteri sendiri pun tak boleh" Ujar Ariz sambil muncungkan bibirnya ke depan.

Sya hanya membisu kerana dia benar-benar tiada mood untuk bercakap. Dia biarkan sahaja lelaki itu membebel sendirian. Sya agak penat sehingga tertidur di dalam kereta. Kepalanya pula dilentokkan di sebelah cermin kereta penumpang. 
Ariz yang melihat gelagat comel itu terfikir untuk mengenakan isterinya dengan cara membuka tingkap seluas-luasnya agar kepala Sya terjelupuk. Tapi bila difikirkan balik, ada salahnya. Kang patah tengkoknya, susah pulak ...

Kereta berhenti di perkarangan MRSM Gombak, ramai budak sekolah berpusu-pusu untuk pulang. Kelihatan Sya masih lentok tertidur, dan tanpa sengaja kepalanya terlentok di dada bidang Ariz. Ariz juga sedikit terkejut, tetapi direlakan sahaja dada nya menjadi bantal untuk isteri tersayang.. Dia tersenyum sendirian.. Dia juga mengambil kesempatan untuk mengucup sepuas-puasnya .. Jangan kata pipi, sampai ke mata dan hidung juga. Nasib cermin kereta Audinya itu gelap, kalau tak mesti ada pandangan yang tak diingini .. 
***************
Sesampainya di rumah , Ariz sengaja tidak mahu mengejutkan isterinya lalu pantas mendukung isterinya yang masih nyenyak tidur diletakkan diatas sofa di ruang tamu utama. Adik iparnya ternganga ..
'Suka-suka hati sahaja angkat kakak aku !'. 'Diorang ni tinggal serumah ke?' gumam Irah dalam hati. Pelbagai tanda soal muncul di fikirannya .. Irah juga tidak tahu akan hubungan mereka suami isteri.

"Irah bersihkan diri dulu lah ye kat dalam bilik Irah ni ? Lepasni kita makan okay? Kak Sya tidur, penat sangat la kut" pinta Ariz sambil menunjukkan bilik Irah di tingkat atas .

Sya terjaga dan terkejut apabila dia sudah berada di rumahnya. Dia segera masuk ke bilik Irah seperti mana yang dikatakan Ariz tadi.
"Irah ! Kakak rindu kamu Irah!" ujar Fisya yang mengejutkan lamunan adiknya
"Akak ni, terkejut Irah!Kak, nak tanya sikit?" balas Irah perlahan.
"Hmm? Apa dia?" soal Sya, dia sedar tentang reaksi adiknya yang kurang seronok itu
"Kenapa kak duduk sini dengan abang Ariz?Lepas tu abang Ariz siap angkat akak masuk rumah cium lah apa lah" ujar Irah dengan tak puas hati.

Melopong mulut Sya mendengarnya.. Hish Ariz ni, dekat adik aku pun nak tunjuk miang ke.. gumam Fisya. 
"Sebenarnya, kami dah kahwin Irah, maafkan akak sebab tak kasi tahu awal-awal" ringkas sahaja jawapan Fisya. Dia tidak mahu menceritakn dan meluas-luaskan perkara sebenar.. Irah yang mendengar hanya mengucapkan perasaan syukur. Dia juga tahu abang angkatnya itu baik ..

0 Comments:

Post a Comment

1# Harsh word not allowed
2# Support word , I say THANKS ^^

... Back to the blog?