1 STALKERS
DREAMER ;
FACEBOOK SHOP ASK.FM BLOGSKIN +FOLLOW
Saranghaeyo, Sayangku ! ( Bab8 )
Posted Jul 13, 2013 // 8:28 PM


Sya reda jika Ariz menceraikannya. Lagipun dia tidak pernah membuka auratnya langsung di depan lelaki itu. Usai membersihkan dapur, Sya membersihkan dirinya pula. Sya amat kepenatan dan murung menyebabkan dia kurang bersemangat. Lantas dia tertidur dalam hanya memakai tuala di badan.
Ariz pulang dengan perasaan yang marah, ditambah pula dengan Hana yang sering curang !! Ariz melepaskan amarahnya dengan pulang ke rumah terlebih awal dari selalu.

"Aku pantang bila tengok.." Tak sempat Ariz membebel sendirian, dia membuka pintu biliknya. Dan tidak sengaja melihat Fisya yang tertidur kepenatan. Dia mendekati Fisya dan mengusap-ngusap pipi lembut Sya. Dia juga meletakkan tanggannya di dahit Fisya, panas.. Kesian dia demam agaknya.
Ariz juga sayang akan padanya, dia tidak percaya sama sekali yang Sya sanggup berbuat begitu, dia hanya menyalahkan adiknya sahaja.

Pertama kali dia melihat Sya tanpa bertudung dan terdedah auratnya. Air liurnya ditelan beberapa kali.
Dia juga tidak mahu melepaskan peluang keemasan, manakan kucing melihat ikan didepan mata tanpa menangkapnya, apalagi, Ariz yang sah bergelar suaminya. Badannya secara automatik baring di sebelah Sya, lalu tubuh langsing itu dipeluknya erat.

Fisya terkejut apabila melihat tuala dibadannya hampir-hampir tertanggal setelah dipeluk erat oleh Ariz. Ya Allah, apa yang harus aku lakukan, aku takut jika dia menceraikan aku setelah memuaskan nafsunya. Dia juga sukar untuk bergerak, jika dia bergerak, mungkin tangan Ariz akan menarik tuala itu. Dia hanya membiarkan saja kerana itu tanggungjawabnya sebagai isteri walaupun hati tidak rela.

********
Ternyata, Ariz bangun lebih awal daripada Fisya yang masih bertuala dan lena di atas katil.Apabila Sya mula sedar, dia menangis sendirian. Ariz sengaja buat-buat tidur sedangkan dia sudah bangun. Apa dan kenapa perempuan ni menangis ? Takkanlah ... Bisik hati Ariz

Sya bangun dan menuju ke arah tangga untuk mengambil segelas air . Air diteguknya lagi dan lagi untuk menghilangkan rasa gugup. Ariz bingkas bangun apabila menyedari Sya turun . Dia dengan tidak sengaja melihat tompokan merah di atas katil itu. Fikiran Ariz mula menyoal, maknanya aku lelaki pertama bersamanya? Wahh, maknanya dara Sya baru saja hilang dengan aku tadi, bukan dengan adik aku ? Ariz tersenyum riang. Oh, mungkin sebab itu Sya menangis .. 

Ariz turun untuk melihat riaksi Sya, mereka terserempak di dapur. Sya memandangnya sayu, manakala Ariz tersenyum nakal. "Abang buat apa sampai boleh jadi macam tu?" soal Sya lemah.
"Abang buat tanggungjawab abang.. Fisya milik abang sekarang"Lantas dia memeluk dan mengucup kepala Sya. Sya bersyukur dengan aperubahan Ariz.

"Sekejap lagi abang akan jadi papa" ujar Ariz 
"Jangan lupa mandi tau, nanti sia-sia" ujar Ariz lagi sambil bernyanyi keriangan
Sya mencubit perut suaminya sebelum masuk ke bilik mandi.

**********
Mulai peristiwa itu, Sya tidak teragak-agak untuk mencubit dan melakukan apa-apa saja pada lelaki yang bergelar suami itu. Ariz juga sudah kurang berang dan sentiasa tersenyum baik di pejabat atau dirumah.
Cuma, hanya keluarga terdekat sahaja yang tahu mereka suami isteri. Hati Sya murung lagi.

"Sayang, abang dah balik" ujar Ariz sambil memberi briefcase nya pada Sya.
"Petang ni abang bawak Sya tengok abang main futsal okay?" ajak Ariz sebelum masuk ke bilik mandi.

************
Sya amat teruja apabila diajak ke gelanggang futsal dimana tempat suaminya selalu bermain futsal.
Seketika Ariz ke tandas di belakang gelanggang futsal, kawan-kawan Ariz mengerumuni Fisya .
"Hye, sorang ke?" tanya lelaki yang memaikan baju sukan bernombor 9
"Awak adik Ariz eh? Dulu dia ada cerita kat kami, tak sangka adik dia memang cun..Patut simpan kat rumah" Ujar seorang lagi.
Sya hanya mengangguk dan tersenyum kelat. Aku ni dikatakan adik? Aku isteri dia lah .Tapi dia tidak berani mengakunya kerana dulu dia pernah berjanji supaya merahsiakan hubungan mereka.
"Eh Kai, nampaknya aku dah jumpa jodoh aku" ujar lelaki yang memakai baju nombor 9 itu.

Ariz memandannya dari jauh, sifat cemburunya membuak-buak. Dia membaling sebelah kasutnya pada rakannya itu. Ada hati nak menggatal dengan isteri aku.
"Woi! Nak main ke tak nak ni?" jerit Ariz berang
"Kejap-kejap abang Ariz, saya nak beramah mesra dengan bakal isteri saya. Abang tunggu kejap, nanti bakal adik ipar datang yee" mereka semua tertawa apabila mendengar ucapan Kai sebentar tadi. Formal sangat .
"Weh, Sya milik aku lah.. ni nampak ni" Getus kawannya lagi seorang sambil mengepal penumbuk.
"Takdak-takdak, dia padan dengan aku lah!" ujar kawan nya yang lain
"Dengan akulah, akulah, sayalah ..." macam-macam mereka ni bertekak dengan Ariz dan Sya

"Dia dah berpunya" balas Ariz . "Berpunya?! Tak pe, boleh lagi aku takle dia.. manatahu" balas Khai
Ariz hanya menjeling geram. Salah dia jugak kerana tidak mahu status hubungan mereka dihebohkan.

Bab 9 ? Tunggu k ^^


1 Comments:
Blogger samofa said...

Sy da bace dr awal crite ni..awk mmg ada bakat menulis la..mmg best!
Rajin2 la hbiskn ye..xsbr nk beli novel ni nnti..huhu

July 13, 2013 at 10:57 PM  


Post a Comment

1# Harsh word not allowed
2# Support word , I say THANKS ^^

... Back to the blog?